Panduan Haji dan Umrah

Muat turun / Cetak

Panduan Haji Bahasa Melayu (Malaysia) dengan tulisan besar untuk cetakan dua-muka kertas A4 dalam format PDF

Panduan Haji Bahasa Melayu (Malaysia) untuk cetakan dua-muka kertas Legal 8.5×14 dalam format PDF

Panduan Haji Bahasa Melayu (Malaysia) untuk cetakan dua-muka kertas Letter 8×11 dalam format PDF


Pengenalan kepada Panduan Haji

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdullilah, kami telah berjaya mengumpulkan satu panduan Haji dan Umrah ke Mekah yang padat. Panduan ini telah melalui beberapa kitaran semakan di Arab Saudi dan ulama seluruh dunia untuk menyemak kandungannya dan ketepatan maksudnya. Setiap langkah diperjelaskan tanpa perlu membuka pelbagai buku. Oleh yang sedemikian, panduan ringkas ini telah ditulis untuk dimuatkan dalah sehelai kertas untuk pembacaan yang mudah. Ringan dan boleh dilipat, panduan ini diharap dapat menolong anda mengerjakan haji dengan mudah dan diterima, Insha-Allah. Terdapat dalam tiga saiz: letter, A4, legal size, dengan tulisan yang besar untuk membantu pembacaan.

Panduan Haji dan Umrah ini menawarkan ciri-ciri berikut untuk membantu anda:

  • Langkah demi langkah setiap rukun dan wajib haji
  • Peta of Kaabah bagi mengenal kedudukan Safa and Marwah
  • Panduan visual setiap langkah Tawaf
  • Dua yang patut dilafazkan, termasuk masa dan tempat
  • Jarak dalam batu dan kilometer setiap laluan
  • Ikon untuk memudahkan panduan

Panduan haji yang unik ini terdapat dalam pelbagai bahasa. Anda boleh memuat-turun panduan percuma ini dalam versi Word atau PDF dalam bahasa-bahasa berikut: Arab, Cina, Belanda, Inggeris, Parsi, Perancis, Jerman, Gujarat, hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Melayu, Portugis, Rusia, Singhala, Sepanyol, Tagalog, Tamil, Turki, dan Urdu and dengan transliteration untuk bahasa Arab. Bahasa-bahasa lainya akan menyusul.

Semoga dipermudahkan urusan Haji anda. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala (Yang Maha Terpuji dan Maha Tinggi) menerima Haji anda.